BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ha!!skodeng ae??

hit counter

Sunday, December 26, 2010

jom sme2 bce

CINTA YANG AGUNG DAN CINTA SEJATI

by Mushi Yacob on Sunday, November 21, 2010 at 1:22am
 Alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang.Engkau buka pintu hatiku untuk bertaubat.Engkau menyedarkan aku untuk kembali ke pangkal jalan.Aku gembira bersama cintaMu yang agung.Aku ingin terus berada disisiMu.Aku ingin menjadi anak yang soleha dan seorang insan yang berguna.
 Wahai TUHANKU, sekiranya dialah cinta sejati yang aku cari dalam hidup aku selama ini.Engkau tolonglah perkuatkan cinta kami.Engkau gandakanlah perasaan takut kami kepadaMu supaya kami tidak terpesong dari landasanMu, dan aku juga ingin cinta aku kepadanya tidak melebihi cinta aku kepadaMu.Aku menerima dirinya seadanya, aku ikhlas menerimanya dan bersamanya.Apapun kebaikkan dan keburukkan dirinya aku terima dengan seikhlas hati.

 TUHANKU, sekiranya dia bukan jodoh untuk diriku, tidak tercipta untukku Engkau bawalah dia jauh dari pandangan dan sisiku.Engkau peliharalah diriku daripada rasa kecewa.Engkau kuatkanlah diriku meskipun tanpa dirinya disisiku.Engkau temukanlah aku dengan insan yang boleh menerima aku seadanya dan sanggup susah senang bersama aku.
 TUHANKU, Engkau bimbinglah dia ke jalan yang Engkau redhai.Aku ingin dirinya sentiasa berada disisiMu dan selalu memgingatiMu.Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk berubah semoga dia boleh menjadi insan yang di hormati semua orang.Engkau maafkanlah dirinya, bimbinglah dia ke jalanMu.Aku tidak mahu dia terus menerus menyakiti hati mana-mana wanita.Engkau permudahkanlah jalan hidupnya.Engkau temukanlah dia dengan insan yang boleh menerimanya dan membawa dirinya ke jalan yang Engkau redhai.
 Alhambulillah, selepas aku bertemu dengan dirinya kehidupan aku bertambah bahagia.Meskipun ada masanya hati aku terluka dengan pertuturan dan perbuatannya.Aku mahu dia terus jujur bersama aku meskipun kejujuran itu membuat hati aku terluka.Aku tidak mahu dia meragui kejujuran dan kesetian aku kepada dirinya.

 TUHANKU. Engkau ikhlaskanlah diriku untuk menerima dugaanMu dengan seikhlas hati.Aku ingin menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan kepada diriku.Aku tidak mahu menjadi orang yang lemah dam kalah.

 Wahai TUHANKU, ikhlamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kapadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai.jadikanlah sifat-sifat kebaikkan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesunguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang berserah diri kepadaMu.
 ·  · Share · Delete

0 comments: